AL-SULTAN Abdullah dan Tunku Azizah. FOTO ihsan Jabatan Penerangan.
AL-SULTAN Abdullah dan Tunku Azizah. FOTO ihsan Jabatan Penerangan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ugadi kepada masyarakat Telugu.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga masyarakat berkenaan dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan.

Seri Paduka berdua juga berharap sambutan itu mengukuhkan lagi ikatan perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini.

Kira-kira 500,000 komuniti Telugu di Malaysia menyambut Ugadi hari ini, iaitu bermulanya Tahun Baharu bagi masyarakat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 12:24 PM