BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut agama Hindu di seluruh negara.

Seri Paduka berdua menyampaikan ucapan itu menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, hari ini.

"Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu," menurut hantaran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 10:43 AM