DIAN Kharisma (kiri) bersama eksekutif pemasaran NSTP, Aminudin Ali mengumumkan pemenang untuk kategori pakej langganan Harian Metro ketika temu ramah di Balai Berita NSTP Bangsar.  FOTO Amirul Johari
DIAN Kharisma (kiri) bersama eksekutif pemasaran NSTP, Aminudin Ali mengumumkan pemenang untuk kategori pakej langganan Harian Metro ketika temu ramah di Balai Berita NSTP Bangsar. FOTO Amirul Johari
Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Dua pemenang bertuah terpilih menerima hiasan kertas dinding rumah bernilai RM15,000 setiap seorang dalam Peraduan Lamexwall dengan kerjasama Harian Metro yang berakhir 26 Februari lalu.

Pengurus Operasi Pemasaran Lamex, Dian Kharisma berkata, dua pemenang berkenaan, Ahmad Azfien Abd Aziz dari Seri Kembangan dan Tan See Joon dari Kajang.

Katanya, peraduan ini julung kali diadakan dengan kerjasama New Straits Times Press (NSTP) dengan nilai keseluruhan tajaan berjumlah RM80,000.

"Peraduan ini mudah saja iaitu pelanggan akhbar NSTP akan menjawab satu soalan daripada Lamexwall setiap hari dan daripada situ mereka akan dapat tahu koleksi terkini yang kami tawarkan.

"Kertas dinding Lamexwall ini memang menjadi antara hiasan rumah pilihan ramai kerana coraknya yang terkini, berkualiti dan perkhidmatan pemasangan turut diberikan.

"Jadi apabila ada pemenang menerusi peraduan ini, sekurang-kurangnya kita dapat memberi kegembiraan kepada mereka," katanya selepas sesi cabutan bertuah pemenang peraduan itu di sini, semalam.

Peraduan Lamexwall dengan kerjasama Harian Metro bermula 6 hingga 26 Februari lalu.

Dian berkata, keistimewaan diperoleh pemenang bertuah apabila mereka dapat memilih sendiri rekaan kertas dinding pilihan dan pemasangan akan dilakukan secara percuma.

"Sebanyak lapan gulung kertas dinding akan dihias untuk rumah pemenang, terpulang di mana mereka ingin memasangnya," katanya.

Menurutnya, syarikat itu sudah beroperasi sejak 29 tahun lalu dan memiliki kilang sendiri di sini selain pihaknya turut bekerjasama dengan pereka tempatan dan antarabangsa untuk rekaan pilihan ramai.

"Kami bekerjasama dengan pereka antarabangsa dari United Kingdom, Filipina dan Taiwan malah pelanggan tidak perlu risau berkaitan bekalan kerana kami memiliki kilang sendiri di sini.

"Kami juga dalam perancangan melancar koleksi terbaharu pada Jun atau Julai ini dan baru-baru ini juga sudah melancarkan koleksi 'Cyber XI' di mana sambutannya setakat ini baik," katanya yang memaklumkan koleksi 'Cyber XI' berbentuk futuristik seperti geometrik dengan warna lebih menyerlah dan tiga lagi koleksi sama dijangka dikeluarkan tahun ini.

Maklumat lanjut boleh melayari www.malaysiawallpaper.com atau boleh terus hubungi 012-7086788 untuk melihat contoh terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mac 2022 @ 3:21 PM