BUAYA yang ditangkap APM selepas ditemui di kawasan parit tapak pembinaan di Taman Resident Prima Kinarut, Papar. FOTO Ihsan APM
BUAYA yang ditangkap APM selepas ditemui di kawasan parit tapak pembinaan di Taman Resident Prima Kinarut, Papar. FOTO Ihsan APM
Juwan Riduan

Papar: Buaya seberat 150 kilogram berjaya ditangkap di tepi parit di sebuah kawasan tapak pembinaan di Taman Resident Prima Kinarut di sini, hari ini.

Kehadiran haiwan reptilia itu disedari oleh seorang penduduk yang kebetulan lalu di kawasan tapak pembinaan berkenaan pada 8 pagi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang pengadu pada 8.15 pagi.

"Bimbang dengan keselamatan penduduk taman dan pekerja tapak pembinaan, pengadu kemudiannya menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataannya di sini.

Menurutnya, operasi menangkap terus dijalankan sebaik pihaknya tiba di lokasi pada 9 pagi.

"Haiwan sepanjang empat meter dengan berat 150 kilogram itu akhirnya berjaya ditangkap dan kemudiannya diserahkan kepada Unit Penyelamat Hidupan Liar (WRU).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Februari 2022 @ 5:27 PM