Gambar hiasan
Gambar hiasan
Mohd Rafi Mamat


Kuantan: Pesara bank wanita kerugian RM94,200 selepas diperdaya Macau Scam yang mendakwa mangsa membuat tuntutan insuran meragukan berjumlah RM76,800.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pada 22 Ogos lalu mangsa menerima panggilan daripada wanita bernama Ariana yang mendakwa sebagai wakil ejen Insuran Takaful Etiqa.

Menurutnya, mangsa didakwa membuat tuntutan insuran yang meragukan berjumlah RM76,800 dan selepas menafikan berhubung perkara itu dia kemudian disambungkan kepada 'Sarjan Mazlan'.

"Sarjan Mazlan mendakwa mangsa membuat tuntutan palsu. Mangsa kemudian diarahkan memberi maklumat bank termasuk nombor pin akaun Bank Rakyat (secara dalam talian) yang digunakan.

"Mangsa kemudian diminta memasukkan wang berjumlah RM94,200 ke dalam akaun Bank Rakyat itu dan selepas membuat semakan wang itu sudah tiada. Merasakan diri tertipu, mangsa membuat laporan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan semalam," katanya.

Sementara itu, seorang juruteknik elektrik kerugian RM80,900 selepas diperdayakan seorang wanita warganegara Britain yang mendakwa sebagai doktor gigi di Kuala Lumpur.

Katanya, mangsa membuat 20 transaksi sebanyak RM80,900 ke dalam akaun bank yang di beri suspek dan selepas itu suspek tidak dapat dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 4:16 PM