GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 2,607,392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2,762,739 individu atau 87.7 peratus bagi golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula seramai 22,442,346 individu atau 95.9 peratus lengkap divaksinasi, manakala 22,944,240 atau 98 peratus individu dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap serta 125,257 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 9:43 AM