GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
HM Digital

Kuala Lumpur: Bagi memastikan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta, kerajaan akan mensubsidi 50 peratus atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi itu oleh keluarga B40.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejumlah RM30 juta disediakan untuk tujuan ini dan bakal memanfaatkan 188,000 keluarga B40.

Beliau berkata, aspek keselamatan kanak-kanak adalah penting lebih-lebih lagi ketika kita sedang berada di jalan raya untuk menuju ke suatu destinasi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 5:34 PM