R&R Seremban (arah Selatan) di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan ditutup 14 bulan bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf bermula Rabu ini. FOTO Arkib NSTP
R&R Seremban (arah Selatan) di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan ditutup 14 bulan bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf bermula Rabu ini. FOTO Arkib NSTP
Redzuan Muharan

Petaling Jaya: Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan) di KM274.6 Lebuhraya Utara-Selatan ditutup 14 bulan bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf bermula Rabu ini.

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata, kerja itu akan membabitkan keseluruhan premis yang dijangka sehingga 31 Disember.

Menurutnya, sepanjang tempoh penambahbaikan itu, semua outlet makanan dan minuman (F&B) dan kemudahan awam di R&R akan ditutup, namun stesen minyak dibenarkan beroperasi seperti biasa.

"PLUS akan menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta termasuk trak makanan kepada semua pelanggan lebuh raya.

"Sementara itu, pelanggan lebuh raya yang menuju ke selatan boleh menggunakan R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan untuk kemudahan lebih selesa," menurut kenyataan itu.

PLUS memaklumkan pelanggan juga mempunyai pilihan untuk menikmati makanan secara bawa oulang yang disediakan rakan peniaga R&R terpilih melalui fungsi pra-pesanan di portal https://orderdisini.plus.com.my/ atau menerusi aplikasi PLUS untuk bawa pulang.

Sementara itu, maklumat dan keadaan trafik terkini boleh didapati menerusi platfom sosial media PLUS seperti Twitter, Instagram (IG), Facebook (Fb) LinkedIn, Youtube dan laman web www.plus.com.my atau aplikasi PLUS.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Oktober 2021 @ 4:33 PM