AZMAN (kanan) diiringi Abdul Rafar memeriksa harga pelitup muka yang dijual di Langkawi. FOTO Hamzah Osman
AZMAN (kanan) diiringi Abdul Rafar memeriksa harga pelitup muka yang dijual di Langkawi. FOTO Hamzah Osman
Hamzah Osman


Langkawi: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka dua kertas siasatan ke atas peniaga yang menjual Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen Covid-19 melebihi harga siling.

Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, kes itu membabitkan masing-masing seorang peniaga di Melaka dan Sabah.

Azman berkata, menerusi pemeriksaan pihaknya, 33 premis di seluruh negara dikesan menjual RTK melebihi harga siling sejak penetapan harga dilakukan pada 5 September lalu.

"Bagaimanapun 31 daripadanya mengambil tindakan segera membetulkannya selepas amaran diberikan dalam tempoh peralihan, kecuali dua premis masing-masing satu di Melaka dan Sabah yang diambil tindakan," katanya selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Langkawi Abdul Rafa Wahid.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 September 2021 @ 10:33 AM