Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari atas pemergian bapa, Allahyarham Shari Mokhsin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seluruh warga PDRM mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

"Didoakan juga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman serta beramal soleh," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Terdahulu, media melaporkan bapa kepada Menteri Besar Selangor meninggal dunia petang tadi.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli dilaporkan berkata, Allahyarham Shari Mokhsin meninggal dunia disebabkan komplikasi pernafasan.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 12:20 AM