YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO Bernama
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru kerajaan mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing negara.

Seri Paduka bertitah, perbelanjaan yang sewajarnya turut perlu disediakan bagi membiayai langkah kesihatan awam, menyediakan bantuan kepada golongan yang terjejas serta sokongan untuk menggiatkan aktiviti perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi.

Al-Sultan Abdullah bertitah, untuk membolehkan perbelanjaan tambahan bagi tujuan berkenaan, kerajaan akan membentangkan cadangan di Dewan Rakyat bagi meningkatkan siling perbelanjaan Kumpulan Wang Covid-19, serta had statutori hutang kerajaan.

"Peningkatan daya saing negara juga perlu difokuskan terhadap usaha menambah baik ekosistem serta persekitaran perniagaan bagi meneroka penciptaan kekayaan baharu dan menambah nilai terutamanya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana," titah Seri Paduka pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 September 2021 @ 11:19 AM