KETUA Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan M. Yusop (kiri), keluarga Nazurah Nabilah Ben Yajeed (tengah) dan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor, Mohd Sabirin Mohd Sarbini (kanan). FOTO Ihsan Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Hajar Umira Md Zaki

Rawang: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi lapan adik beradik yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19, di Bukit Beruntung, di sini, hari ini.

LZS berkata, pihaknya akan terus memantau keluarga ini dan menghulurkan bantuan zakat selagi mereka dalam kategori asnaf.

"Arwah bapa, Ben Yajeed Bernie, 45 dan ibu, Noraini Ibrahim, 43, masing-masing meninggal pada 17 dan 18 Julai baru-baru ini.

"Arwah meninggalkan lapan anak yang berusia daripada 18, 16, 14, 13, 10, lapan dan empat tahun serta ibu saudara bujang berusia 45 tahun.

"Kami juga difahamkan anak sulung arwah, Nazurah Nabilah adalah pelajar di Politeknik Mersing, Johor dan dijadikan ketua keluarga bagi kami salurkan bantuan kepada keluarganya," jelas LZS, ketika dihubungi, hari ini.

LZS turut memaklumkan keluarga ini menerima bantuan kecemasan RM500 serta bantuan khairat kematian sebanyak RM1,500.

Tambahnya, bagi bantuan kewangan bulanan dan makanan akan diproses atas nama Nazurah Nabilah sebagai penerima.

Malah katanya, rumah sewa yang kini didiami oleh keluarga ini juga untuk tinggal secara percuma sehingga hujung tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Julai 2021 @ 10:33 PM