GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 337,478 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara meningkat kepada 10,750,748 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,396 adalah dos pertama manakala 124,082 adalah dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 92,400 orang, disusuli Sarawak (65,967), Kuala Lumpur (52,891), Perak (25,877) dan Negeri Sembilan (21,057).

Dr Adham berkata, sehingga semalam juga jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,435,877 dan dos kedua 3,314,871.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Julai 2021 @ 11:18 AM