FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Amir Mamat


Melaka: Pengunjung Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bachang di sini, tidak perlu gusar berikutan

Kluster Jalan Tun Fatimah tidak membabitkan 'orang luar'.

Sebaliknya, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman memaklumkan, kluster itu hanya membabitkan peniaga, pekerja serta ahli keluarga mereka selepas 31 kes positif Covid-19 direkodkan sehingga kelmarin.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya terpaksa melanjutkan lagi tempoh penutupan pasar besar berkenaan sehingga Rabu minggu hadapan bagi membolehkan saringan serta kerja sanitasi dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

Beliau turut meminta mana-mana pengunjung pasar berkenaan yang mula bergejala dan mempunyai simptom untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.

"Setakat ini kita sudah menjalankan saringan ke atas 465 kontak rapat yang bukan sahaja membabitkan peniaga pasar dan keluarga mereka, tetapi juga pengunjung.

"Namun, belum ada kes positif yang membabitkan pengunjung direkodkan, tetapi kita minta sekiranya ada pengunjung yang mempunyai simptom atau gejala supaya segera melakukan ujian saringan di klinik berhampiran," katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Khas (SPPV) Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini, tadi.

Kelmarin Kementerian Kesihatan mengumumkan Kluster Jalan Tun Fatimah dalam daerah Melaka Tengah yang membabitkan peniaga sebuah pasar.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Jun 2021 @ 6:36 PM