Dato' Seri Tiong (kanan) merakamkan gambar bersama-sama kakitangan Hospital Bintulu dalam acara simbolik penyediaan peralatan perubatan bernikai RM1 juta di Lobi Utama Hospital Bintulu, hari ini.FOTO ERIKA GEORGE
Dato' Seri Tiong (kanan) merakamkan gambar bersama-sama kakitangan Hospital Bintulu dalam acara simbolik penyediaan peralatan perubatan bernikai RM1 juta di Lobi Utama Hospital Bintulu, hari ini.FOTO ERIKA GEORGE
Erika George


Bintulu: Hospital Bintulu hari ini menerima sumbangan peralatan perubatan bagi mengendali serta merawat pesakit COVID-19 bernilai RM1 juta dari Setiausaha Agung Federation of Chinese Associations Malaysia (Huazong), Datuk Dr Wong Aik Loung.

Sumbangan yang disampaikan Wong dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing itu diserahkan kepada wakil pihak hospital di Lobi Utama Hospital Bintulu.

Tiong ketika ditemui sejurus acara penyerahan sumbangan berkata, sumbangan peralatan itu adalah hasil inisiatif penggiat industri dan perniagaan di Bintulu sehingga berjaya mengumpulkan amaun sehingga RM1 juta sebagai tanda sokongan terhadap pasukan barisan hadapan dalam merawat pesakit Covid-19.

Menurutnya, antara peralatan yang disumbangkan adalah tiga unit peralatan perubatan 'Vital Signs Monitor', 15 unit 'Syringe Pump Perusor Compact Plus', 10 unit katil pesakit mudah alih dan peralatan perubatan yang lain.

"Usaha yang sebegini wajar diteruskan dari masa ke masa bagi membantu pasukan barisan hadapan di Bintulu berhadapan dengan pandemik pembunuh yang semakin bertambah saban hari.

"Saya berterima kasih kepada badan korporat serta perniagaan yang sanggup memberikan sumbangan bagi mendapatkan peralatan perubatan yang menjadi keperluan mendesak pada masa sekarang.

"Ia dapat membantu Hospital Bintulu menyediakan peralatan perubatan yang lebih baik dan canggih khususnya bagi ujian saringan Covid-19 serta peralatan perubatan bagi setiap individu yang disahkan positif," katanya.

Beliau dalam masa sama menyeru lebih ramai lagi tampil memberikan sumbangan perubatan sebegini khususnya dari penggiat pelbagai sektor di Bintulu kerana kerjasama semua pihak amat diperlukan pada masa sekarang bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Turut hadir ialah Pengarah Hospital Bintulu, Dr Davis Johnraj, Timbalan Pengarah, Dr Sivashunmugam Sangaran, dan Pengarah Kesihatan Bintulu, Dr Melvin Chung.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Jun 2021 @ 6:18 PM