Lori membawa minyak sawit terbabit kemalangan dengan sebuah lori lain di Lebuh raya Guthrie di Kilometer 15.9 arah utara menyebabkan berlaku tumpahan minyak.
Lori membawa minyak sawit terbabit kemalangan dengan sebuah lori lain di Lebuh raya Guthrie di Kilometer 15.9 arah utara menyebabkan berlaku tumpahan minyak.
Muhaamad Hafis Nawawi


Sungai Buloh: Lebuh raya Guthrie di Kilometer 15.9 arah utara mengalami kesesakan empat kilometer selepas berlaku tumpahan minyak sawit akibat kemalangan membabitkan dua lori hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan jam 4.23 petang membabitkan kemalangan berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila lori sawit dilanggar di bahagian belakang oleh sebuah lori lain sehingga berlaku tumpahan minyak.

"Setakat ini laporan polis masih belum dibuat.

"Lorong kecemasan turut dibuka untuk laluan manakala tiga lorong masih ditutup untuk pembersihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihak Gutrie kini dalam usaha menyediakan laluan alternatif.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 8:16 PM