LAPORAN portal Harian Metro.
LAPORAN portal Harian Metro.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Siasatan terhadap ahli perniagaan yang terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadi dan rakannya hampir lengkap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek akan dicadangkan pertuduhan selepas tamat reman iaitu esok.

"Suspek akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bagi melengkapkan satu lagi kertas siasatan di sana.

"Pada masa sama, kami akan menghantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lelaki berusia 43 tahun itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.

Dia disiasat susulan memukul dua pengawal peribadi dan diacukan pistol disebabkan enggan menuruti arahan majikan supaya tidak berpuasa.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang.

Kejadian itu turut tular di media sosial dan masyarakat mahu keadilan yang setimpal terhadap mangsa.

Berita berkaitan

'Dibelasah kerana berpuasa'

'Kes lelaki dipukul majikan: 4 individu ditahan'

'Dia tanya you pilih Allah ka mahu pilih saya?'

'Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi direman hingga Sabtu [METROTV]'

Suspek pukul pengawal peribadi berpuasa dipercayai tauke judi

Kes belasah 'bodyguard', polis rampas jongkong emas dan wang RM28.45 juta [METROTV]

MRM tawar kerja, khidmat guaman kepada 'bodyguard' dipukul

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 April 2021 @ 3:28 PM