MOHD Annuar ketika ditemui media, Ahad lalu. FOTO Sharul Hafiz Zam.
MOHD Annuar ketika ditemui media, Ahad lalu. FOTO Sharul Hafiz Zam.
Balqis Jazimah Zahari


Ipoh: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Menitahkan Wakil Daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bersatu Dan Pas Mengadap Baginda Di Istana Kinta Di Sini, Hari Ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, titah itu dikeluarkan baginda selepas Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selesai mempersembahkan calon Menteri Besar Perak yang baharu.

"Sultan Nazrin menerima maklumat dan status terkini dipersembahkan dan baginda perlu diyakinkan bahawa perkara dipersembahkan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu.

"Oleh kerana itu, selanjutnya baginda menitahkan Adun daripada Bersatu dan Pas untuk mengadap pada bila-masa masa, hari ini dan istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar akan hanya dilaksanakan setelah Tuanku yakin sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri.

"Jadi, kita sedang menunggu wakil dalam kalangan Adun Bersatu dan PAS pada bila-bila masa daripada sekarang," katanya ketika ditemui media di pekarangan Istana Kinta di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada wakil PH akan turut dipanggil mengadap Sultan Nazrin, katanya, hanya Adun Bersatu dan PAS yang dimaklumkan.

Terdahulu, pagi tadi, Ahmad Zahid dan Pengerusi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad mengadap Sultan Nazrin bagi sembah maklum berkenaan status terkini politik negeri itu.

Ahmad Zahir dilihat memasuki pekarangan Istana Kinta di Ipoh pada 9.55 pagi, disusuli Saarani, Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada malam semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang bermesyuarat mengenai kemelut politik di Perak, memutuskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membabitkan parti itu, Pas dan Bersatu di Perak perlu terus dipertahan.

Berita berkaitan

  • Hak Sultan Nazrin umumkan Menteri Besar Perak - Zahid
  • DAP sedia jalin kerjasama dengan Umno di Perak
  • SD 26 Adun sokong Saarani jadi MB
  • Sultan Perak perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal
  • Kerajaan PN Perak mesti dikekalkan - Umno
  • Ahmad Faizal berharap PN Perak tidak berpecah-belah
  • Saarani, Shahrul Zaman, Abdul Aziz disebut-sebut calon MB Perak?
  • Usul undi percaya bukti mendaulatkan sistem demokrasi
  • PAS tidak sertai pembentukan kerajaan Perak baharu
  • 'Nampak tenang, dalam jiwa berkocak'
  • Ahmad Faizal tak akan usul bubar DUN
  • Ahmad Faizal jamin peralihan kerajaan Perak berhemah
  • Ahli Bersatu Perak diminta bertenang: Ahmad Faizal
  • MB Perak gagal dapat sokongan majoriti
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2020 @ 12:22 PM