JKM Kuala Selangor memohon kerjasama orang ramai mengesan waris bayi yang ditinggalkan di Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Tanjong Karang, Sabtu lalu. FOTO Ihsan JKM
JKM Kuala Selangor memohon kerjasama orang ramai mengesan waris bayi yang ditinggalkan di Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Tanjong Karang, Sabtu lalu. FOTO Ihsan JKM
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris bayi lelaki yang ditinggalkan di pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Tanjong Karang, Sabtu lalu.

JKM Kuala Selangor menerusi kenyataan memaklumkan, bayi berusia lingkungan satu hingga tiga bulan itu ditinggalkan di dalam kotak tanpa dokumen pengenalan diri.

"Bayi itu diselamatkan dan menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Tanjong Karang.

"Sekiranya tiada waris, JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk ditempatkan bayi itu di institut JKM atau diserahkan kepada orang yang layak dan sesuai," katanya, hari ini.

Sehubungan itu, waris diminta tampil atau menghubungi Perlindung Kanak-kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Abdul Hamid Abdul Majid di talian 03-32891495.

Harian Metro melaporkan seorang bayi lelaki ditemui dalam kotak bersama nota meminta maaf dipercayai tulisan penjaganya, di pintu pagar utama surau terbabit.

Bayi yang cukup sifat dan sihat itu ditemui Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kafa Integrasi Nurul Huda, Kampung Sungai Kajang Baru, Mohd Maidin Abdul Rahim, 38, ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 7.15 pagi.

Berita berkaitan

'Minta maaf tidak mampu jaga bayi ini'

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 3:07 PM