Keadaan kereta selepas bertembung treler yang menyebabkan pemandunya maut dalam kemalangan di Kilometer 8, Seri Manjung-Segari, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Keadaan kereta selepas bertembung treler yang menyebabkan pemandunya maut dalam kemalangan di Kilometer 8, Seri Manjung-Segari, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Noor Hidayah Tanzizi


Sitiawan: Wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung lori tangki yang terbabas ke laluan bertentangan di Kilometer 8 Seri Manjung-Segari dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada 2.30 petang menyebabkan Chang Siew Choo, 42, meninggal dunia serta-merta.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu Honda Accord dari Segari, manakala lori dipandu lelaki 49 tahun dari arah bertentangan.

"Lori itu dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan kereta mangsa yang gagal mengelak.

"Mangsa parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemandu lori ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 8:44 PM