LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Dziyaul Afnan Abdul Rahman


Kangar: Tempoh reman ke atas dua wanita dan seorang lelaki yang ditahan kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks dilanjutkan sehingga 22 Oktober depan.

Perintah lanjutan reman ke atas tiga suspek berusia antara 19 hingga 25 tahun terbabit dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya masih melakukan siasatan terperinci kes berkenaan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun setakat ini tiada suspek lain ditahan, kita masih fokus menyiasat tiga suspek yang ditahan Khamis lalu kerana terbabit kegiatan pelacuran," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga individu selepas didapati menjalankan aktiviti pelacuran di Behor Temak di daerah ini.

Kesemua suspek berasal dari Kedah, dipercayai baharu melakukan aktiviti berkenaan kira-kira sebulan dengan menawarkan khidmat berkenaan melalui media sosial.

Dalam serbuan polis berkenaan, suspek lelaki berkenaan bertindak sebagai bapa ayam dan turut ditemui sejumlah kondom dan peralatan berkaitan aktiviti pelacuran.

Berita berkaitan:

  • Tawar khidmat pelacur di Behor Temak
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2020 @ 2:24 PM