WAN Kamarul Azran (kanan) menunjukkan gambar dua genga Kana yang sedang dikesan. FOTP Samadi Ahmad.
WAN Kamarul Azran (kanan) menunjukkan gambar dua genga Kana yang sedang dikesan. FOTP Samadi Ahmad.
Samadi Ahmad


Sepang: Polis sedang memburu dua lelaki termasuk ketua Geng Kana yang dipercayai terbabit dalam kes pecah stor dan melarikan kenderaan di kawasan Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, seorang lelaki yang diburu adalah Supramaniam G Arumugam, 43, berasal dari Dengkil yang juga ketua kumpulan berkenaan.

"Seorang lagi yang sedang dijejaki hanya dikenali sebagai Ananda.

"Ketua kumpulan penjenayah ini mempunyai 10 rekod jenayah lampau membabitkan kes curi.

"Sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak akhir tahun lalu yang aktif mencuri dan meleraikan komponen kenderaan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Antara kereta terpakai ditemui dalam kontena yang diikrar kosong. Foto Omar Ahmad
Antara kereta terpakai ditemui dalam kontena yang diikrar kosong. Foto Omar Ahmad

Wan Kamarul berkata, kedua-dua lelaki ini sedang dikesan susulan penahanan tujuh suspek yang dipercayai memecah masuk stor kenderaan di Cyberjaya pada 5 Oktober lalu dan melarikan dua lori bersama peralatan.

Katanya, ketujuh-tujuh mereka ditahan pada 8 Oktober lalu, di Kampung Pulau Meranti, Puchong, dekat sini.

Menurutnya, susulan itu, polis merampas sebuah forklift dan jengkaut; lima lori dan dua Proton Iswara.

Wan Kamarul Azran berkata, suspek yang ditahan berusia 19 hingga 40 tahun dan dua daripada mereka mempunyai lima rekod lampau kesalahan dadah.

"Hasil tangkapan itu polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan curi kenderaan di kawasan Sepang, Serdang dan Wangsa Maju dengan nilai rampasan sebanyak RM400,000.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan usaha mengesan suspek yang masih bebas giat dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan 379 A Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Oktober 2020 @ 4:58 PM