ANTARA pengundi yang keluar mengundi pada PRN Sabah, hari ini. FOTO BERNAMA
ANTARA pengundi yang keluar mengundi pada PRN Sabah, hari ini. FOTO BERNAMA
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: Hanya 50 orang pengundi berdaftar di Kampung Mangkasulap, di Kota Marudu.

Ini menjadikannya sebagai pusat mengundi paling sedikit yang direkodkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Pengundi berdaftar bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut itu mengundi di Balai Raya Kampung Mangkalap dengan hanya satu saluran.

Selain itu, Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang di Kapayan mempunyai pengundi paling ramai dengan 6,659 orang.

Jumlah itu memerlukan 12 saluran pengundian dibuka hari ini.

Bermula jam 7.30 pagi hingga 5 petang ini, seramai 1.1 juta pengundi di Sabah bakal menentukan parti yang akan menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan penuh akan diperoleh sebelum jam 12 tengah malam ini.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 9:14 AM