KEADAAN banjir di Bagan Serai, Perak. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
KEADAAN banjir di Bagan Serai, Perak. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Bagan Serai: Bayi lelaki antara 73 mangsa banjir daripada 33 keluarga di Mukim Gunung Semanggol yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, hari ini.

Difahamkan semua mangsa dari lima kampung itu dipindahkan ke PPS yang dibuka secara rasmi pada 11.30 pagi tadi susulan banjir berkenaan.

Antara kampung yang terbabit adalah Parit 3, Kampung Alor Setanggok, Kampung Tanjung Bugis, Tebuk Panchor, Kampung Parit 2, Padang Lalang, Kampung Parit Air Itam 2 dan Kampung Ban Pisang.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya menegaskan sekiranya keadaan bertambah buruk satu lagi PPS akan dibuka.

Katanya, keadaan paras air yang membanjiri kediaman penduduk setinggi 0.1 meter hingga 0.3 meter.

Tambahnya, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini turut memasang beberapa pam bergerak di beberapa lokasi dan membuat pemantauan berkala bagi memastikan keadaan banjir terkawal.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2020 @ 11:38 PM