PROF S Santharasekarancalon awal tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim. FOTO Hazreen Mohamad.
PROF S Santharasekarancalon awal tiba di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Daerah Tanjung Malim. FOTO Hazreen Mohamad.
Noor Hidayah Tanzizi


PROFESOR S Santharasekaran menjadi individu pertama menghantar borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Beliau berusia 44 tahun yang bertanding atas tiket Bebas, mengemukakan borang sebaik pintu pusat penamaan calon di Dewan Sri Tanjong Majlis Daerah Tanjung Malim dibuka pada 9 pagi.

Menyusul tujuh minit kemudian adalah calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz, 43, dan diikuti Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, yang menjadi calon bagi parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad, Pejuang yang belum didaftarkan.

Proses berlangsung aman dengan hanya calon, pencadang dan penyokong dibenarkan masuk ke dalam dewan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pegawai Pengurus PRK DUN Slim, Shamsul Ridzuan Idris dijangka mengumumkan penutupan penghantaran borang penamaan pada 10 pagi.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung.

Ia juga PRK kedua diadakan secara normal baharu yang mengikut tatacara pencegahan Covid-19 selepas PRK DUN Chini.

  • Lagi berita berkaitan PRK Slim
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Ogos 2020 @ 9:44 AM