KAKITANGAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan proses sanitasi, 6 Ogos lalu di Klinik Kesihatan Napoh yang menjadi pusat saringan Covid-19  bagi membendung  penularan wabak dikaitkan dengan kluster Sivagangga. FOTO Amran Hamid
KAKITANGAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan proses sanitasi, 6 Ogos lalu di Klinik Kesihatan Napoh yang menjadi pusat saringan Covid-19 bagi membendung penularan wabak dikaitkan dengan kluster Sivagangga. FOTO Amran Hamid
Noorazura Abdul Rahman

KERAJAAN negeri Kedah sedaya upaya akan memastikan tahap pematuhan penduduk terhadap prosedur operasi standard (SOP) berada di tahap maksimum seterusnya mengelak kluster Sivagangga terus merebak ke daerah lain di negeri ini terutama Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, pulau yang kini menjadi perhatian pelancong domestik itu harus diberi perhatian terutama di pintu masuk membabitkan perkhidmatan pengangkutan air.

"Pengusaha feri perlu pastikan penumpang mematuhi SOP ketat semasa berada di dalam feri, mereka perlu tegas melaksanakan saringan suhu badan dan memastikan penumpang memakai pelitup muka berikutan tiada penjarakan sosial.

"Perkara ini kita agak bimbang walaupun belum ada kes di pulau peranginan itu yang kini ekonominya kembali rancak dengan kehadiran pelancong tempatan," katanya ketika dihubungi di Alor Setar, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Hayati turut memaklumakan penularan Covid-19 di negeri ini masih terkawal dan tidak memerlukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya perkara itu hanya akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19).

"Setakat ini MKN hanya menetapkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO). Pihak berkuasa sedang melaksanakan kawalan ketat di Mukim Hosba, Mukim Ah, Mukim Binjal (Padang Terap) dan Kampung Ulu, Padang Sanai (Padang Terap) .

"Jumlah penduduk yang menjalankan saringan juga meningkat dan jumlah mereka yang positif terutama di Napoh juga terkawal. Mereka mematuhi perintah TEMCO dan melakukan kuarantin di rumah.

"Bagi penduduk di Kulim susulan terdapat sebuah keluarga di sana yang positif, pihak berkuasa tempatan (PBT) berhak untuk menghalang pasar malam dan pasar pagi dilaksanakan sekiranya mendapati penduduk kurang mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN," katanya.

Semalam, KKM melaporkan Kedah mencatatkan satu kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kluster Sivagangga di negeri ini 31 kes.

Negeri Perlis turut mencatatkan 11 kes kluster berkenaan semalam termasuk Pulau Pinang satu kes.

Berita berkaitan:

  • Kluster Sivagangga: 4 mukim dikenakan PKPD hingga 30 Ogos
  • Napoh sepi, penduduk bimbang [METROTV]
  • Rela PKPD asalkan Kedah bebas Covid-19
  • 2 keluarga pelanggan restoran Kluster Sivagangga
  • Kluster Sivagangga: Satu keluarga dijangkiti Covid-19?
  • Kes Covid-19 nasi kandar Napoh, 73 tadika, taska diarah tutup
  • Siapa yang singgah di kedai nasi kandar pekan Napoh, sila buat saringan Covid-19 [METROTV]
  • Lelaki 'gelang pink' dikompaun RM1,000
  • 2 kluster baharu
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2020 @ 2:21 PM