DUA lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang warga emas dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai. FOTO Zain Ahmed.
DUA lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang warga emas dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai. FOTO Zain Ahmed.
Mohamed Farid Noh


DUA lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang warga emas di Taman Senai Jaya, Senai, dekat Kulai direman enam hari di Mahkamah Majistret Kulai, bermula hari ini.

Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin membenarkan permohonan reman berkenaan yang dikemukakan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut kes berkenaan terhadap kedua-dua suspek berusia 34 dan 46 tahun itu yang dipercayai teman serumah.

Semalam, media melaporkan seorang warga emas berusia 55 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan cedera parah di rumahnya di Taman Senai Jaya, Senai.

Kejadian berkenaan dimaklumkan seorang pemanggil di kawasan berkenaan kepada IPD Kulai pada 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow dilaporkan berkata, pihaknya dan pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menjalankan siasatan.

Berita berkaitan:

  • Lelaki maut miliki kesan kecederaan tubuh
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 11:42 AM