Mohd Redzuan (kiri) menyampaikan watikah Pegawai Bersekutu APM dalam satu majlis di Kota Kinabalu semalam. Foto Juwan Riduan
Mohd Redzuan (kiri) menyampaikan watikah Pegawai Bersekutu APM dalam satu majlis di Kota Kinabalu semalam. Foto Juwan Riduan
Juwan Riduan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof hadir pada majlis sesi libat urus agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan Koperasi Sabah di Kota Kinabalu semalam.

Antara yang hadir adalah peserta Unit Kemakmuran Bersama (SEPADU), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Difahamkan, pertemuan membabitkan agensi yang terletak di bawah tanggungjawab Menteri terbabit itu disertai oleh seramai 150 peserta dengan prosedur operasi standard (SOP) normal baharu.

Di majlis yang sama, Mohd Redzuan turut menyampaikan sumbangan kepada peniaga dan usahawan Sabah yang terjejas kerana pandemik Covid-19.

Selain itu, Mohd Redzuan turut menyempurnakan majlis pemakaian pangkat dan penyampaian watikah Pegawai Bersekutu APM.

Pemakaian pangkat berkenaan membuktikan turut keberadaan APM di dalam segenap lapisan masyarakat di samping meningkatkan kepercayaan terhadap kompetensi dan kualiti perkhidmatan APM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2020 @ 12:08 AM