Omar Ahmad


POLIS menyiasat sama ada lelaki yang maut ditembak ketika cuba menyamun bank di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, petang kelmarin, dipengaruhi faktor lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad berkata, siasatan dibuat sama ada pembabitan suspek itu atas diri sendiri atau ada faktor lain yang mempengaruhinya.

"Selepas bedah siasatan dilakukan, mayat dituntut ahli keluarga semalam untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, polis meminta orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang persepsi yang boleh mengganggu siasatan berhubung kes terbabit.

Polis turut meminta semua pihak memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan supaya tidak menimbulkan sensitiviti terhadap keluarga yang terbabit dalam kes itu.

Khamis lalu, sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi gempar dengan insiden rompakan yang membabitkan seorang suspek memegang tebusan seorang wanita dengan bersenjatakan sabit.

Bagaimanapun suspek berumur 19 tahun itu maut ditembak pengawal keselamatan ketika dalam cubaan menukar tebusan lain.

Berita berkaitan

Rompakan bank: Beri ruang polis siasat

Perompak cakap 'bos aku suruh'

'Dia mahu RM20,000....'

Rompak bank: Suspek ditembak pada jarak 5 meter

'Perompak masuk, tarik wanita sedang beratur' - saksi

Rompak bank: Suspek umur 19 tahun mati ditembak

Gempar bank dirompak di Kota Tinggi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 4:56 PM