EMPAT lelaki ditangkap ketika melayan judi 'holo' di sebuah rumah sewa tidak bernombor, Jalan Mas,Bau,malam tadi. FOTO Norsyazwani Nasri
EMPAT lelaki ditangkap ketika melayan judi 'holo' di sebuah rumah sewa tidak bernombor, Jalan Mas,Bau,malam tadi. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


EMPAT tahi judi yang leka melayan judi holo tidak sedar mereka dikunjungi polis dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Mas, Bau, malam tadi.

Dalam serbuan jam 8 malam itu, seorang lelaki tempatan serta tiga lelaki Indonesia berusia antara 25 hingga 46 tahun ditahan.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963.

"Mereka juga didapati melanggar Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 2:23 PM