GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS sedang mengesan pemilik akaun Twitter menggunakan nama ‘mirzi’ selepas dipercayai memuat naik kenyataan bergambar yang menghina Islam, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung perkara itu di Kuantan, Pahang kira-kira 11 pagi semalam.

“Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan dan kami sedang mengesan individu berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 8 April lalu, satu status serta dua gambar termasuk satu daripadanya menunjukkan seseorang memijak al-Quran dimuat naik pemilik akaun sosial berkenaan tular di media sosial.

Kenyataan dalam status itu juga menggunakan kata-kata kesat menghina agama Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 April 2020 @ 7:18 PM