GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Sri Ayu Kartika Amri


HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.25 dan RM1.55 berkuat kuasa tengah malam ini hingga 17 April.

Penurunan sama turut dialami harga runcit diesel yang turun 12 sen kepada RM1.46 seliter.

Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, penurunan harga runcit produk petroleum itu disebabkan kejatuhan berterusan harga minyak mentah dunia susulan keadaan ekonomi yang tidak menentu kerana pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 7:18 PM