ANGGOTA ATM mengawal sekitar perkarangan Menara City One. FOTO AIZUDDIN SAAD
ANGGOTA ATM mengawal sekitar perkarangan Menara City One. FOTO AIZUDDIN SAAD
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

JABATAN Penerangan menghebahkan maklumat berkenaan perintah kawalan pergerakan diperketat (PKPD) di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah di Kuala Lumpur hari ini menggunakan lima bahasa berbeza.

Hebahan menggunakan kenderaan unit bergerak itu dibuat dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil serta Bengali (Bangladesh) dan Burmese atau Myanmar.

Difahamkan, kira-kira separuh daripada 3,200 penghuni kondominium berkenaan adalah warga asing yang menetap di negara ini.

Tinjauan mendapati hebahan berkenaan dilakukan setiap dua jam dan meminta penghuni kondominium berkenaan tidak keluar dari rumah.

Semua penduduk berkenaan disaring secara berperingkat dan masih menunggu hasil ujian makmal yang dilakukan.

Wartawan yang melakukan tinjauan di kawasan berkenaan mendapati kawalan keselamatan dipertingkat di kawasan terbabit.

Penghuni juga tidak kelihatan keluar dari kediaman masing-masing dan hanya berada di beranda rumah berkenaan.

Menara City One menjadi lokasi ketiga PKPD selepas kawasan Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat dan Simpang Renggam, Kluang, Johor.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2020 @ 5:02 PM