Amir Abd Hamid


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati trend jumlah kes baharu dilaporkan setiap hari terus meningkat dan kadang kala mendatar.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes harian yang dibenarkan pulang dari wad pula meningkat saban hari.

Katanya, data itu menunjukkan kesan daripada aktiviti dijalankan oleh KKM dan pelbagai agensi dalam tempoh sebulan kebelakangan ini.

“Namun begitu, tempoh dua minggu yang seterusnya adalah mustahak.

“Ia akan menentukan sama ada tindakan diambil oleh kerajaan setakat ini memberi impak diharapkan.

“Ini sememangnya berkait rapat dengan tingkah laku masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan Covid-19 di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah

Menurutnya, statistik juga menunjukkan terdapat dua kumpulan umur masyarakat yang paling tinggi kes positif Covid-19 berbanding kumpulan umur lain.

Mengulas lanjut, katanya, dua kumpulan umur itu adalah dalam lingkungan 26 sehingga 30 tahun dan juga 56 sehingga 60 tahun.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2020 @ 7:57 PM