GAMBAR halo yang dilihat di sekitar Langkawi dan tular di media sosial. FOTO ihsan pembaca
GAMBAR halo yang dilihat di sekitar Langkawi dan tular di media sosial. FOTO ihsan pembaca
Hamzah Osman


SATU fenomena dinamakan ‘halo matahari’ iaitu bayangan pelangi seakan cincin mengelilingi matahari menarik perhatian orang ramai di pulau Langkawi, hari ini.

Fenomena itu dilapor mula terjadi kir-kira 12 tengah hari tadi dan hilang sejam kemudian.

Kesempatan itu turut diambil penduduk untuk mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan selain tersebar di media sosial.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi (ONL), Karzaman Ahmad ketika dihubungi mengesahkan fenomena dilihat penduduk itu dikenali sebagai halo matahari.

“Kejadian itu dikenali fenomena halo matahari (sun halo).

“Penduduk tidak perlu bimbang kerana keadaan itu normal dan ia adalah satu fenomena semula jadi,” katanya menerusi WhatsApp.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2020 @ 2:58 PM