ORANG ramai membeli tiket bas pulang ke kampung sebelum perintah kawalan pergerakan bagi mencegah COVID-19 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). FOTO Rohanis Shukri
ORANG ramai membeli tiket bas pulang ke kampung sebelum perintah kawalan pergerakan bagi mencegah COVID-19 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). FOTO Rohanis Shukri
Nor Farhani Che Ad


PENUMPANG bas ekspres Jasmine dari Terminal 1 Seremban, Negeri Sembilan ke Sungai Petani, Kedah pada 16 Mac lalu diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dengan segera.

Dalam kenyataan, hari ini, bas ekspres bernombor pendaftaran PLQ 9689 itu dilaporkan bergerak dari Terminal 1 Seremban pada 8.30 malam.

Katanya, bas terbabit dilaporkan turut berhenti di Shah Alam, Ipoh, Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Kulim, Butterworth sebelum hentian terakhir di Sungai Petani.

Semua penumpang berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim di talian 04-4949121 untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2020 @ 3:08 PM