ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Komplek Bersepadu Pengerang. FOTO IHSAN BOMBA
ANGGOTA bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Komplek Bersepadu Pengerang. FOTO IHSAN BOMBA
Omar Ahmad


OPERASI Unit Diesel Hydro Treating (DHT) di Kompleks Bersepadu Pengerang digantung sementara waktu sehingga siasatan berhubung kebakaran dan letupan yang berlaku malam tadi selesai dibuat oleh pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan berkata, arahan itu dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Katanya, langkah itu diambil bagi memudahkan pihak berkaitan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran.

“Fokus kini adalah aspek keselamatan bagi memastikan kawasan sekitar selamat khususnya buat pekerja.

“Pihak berkuasa sedang membuat siasatan. Saya tidak pasti (tempoh untuk siasatan) tetapi hasil keputusan kita akan maklum kepada pihak berkenaan,” katanya ketika sidang media di Kompleks Bersepadu Pengerang di sini, hari ini.

Jelas Vidyananthan,setiap masa langkah keselamatan sememangnya diberikan kepentingan dan keutamaan.

Katanya percaya kejadian ini adalah terpencil namun, semua pihak perlu mengambil iktibar.

“Beri masa kepada pihak terbabit untuk menjalankan siasatan.

“Walaupun keselamatan di kawasan itu memang diberi keutamaan dan kepentingan, tetapi selepas ini keselamatan perlu dipertingkatkan”, katanya.

Berita berkaitan

MB ucap takziah

Cermin tingkap rumah bergegar

Pesanan terakhir abang

Sultan Johor ucap takziah

Seorang lagi mangsa letupan Pengerang ditemui rentung

Identiti 4 mangsa rentung dikenal pasti

Letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang: 4 rentung, 1 parah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2020 @ 7:23 PM