RAFIQ (dua dari kiri) bersama Jailaini (dua dari kanan) dan Norhizam (kanan) di Ayer Keroh. FOTO NAZRI ABU BAKAR
RAFIQ (dua dari kiri) bersama Jailaini (dua dari kanan) dan Norhizam (kanan) di Ayer Keroh. FOTO NAZRI ABU BAKAR
Nazri Abu Bakar


BEBERAPA nama berada dalam senarai calon Ketua Menteri Melaka selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang di Melaka.

Penganalisis politik Mohd Hanafiah Hamzah berkata,

walaupun komposisi lebih kepada BN, namun jawatan Ketua Menteri mungkin diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memandangkan jawatan Menteri Besar Johor sudah diberi kepada UMNO.

Justeru, katanya, peluang berkenaan terbuka kepada ADUN Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput).

“Ia berikutan beliau yang juga bekas EXCO kanan PH adalah calon muda dan mampu memacu kepimpinan negeri, dikelilingi ADUN UMNO berpengalaman untuk sama-sama membangun negeri.

“Sementara bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron juga dikaitkan selain beberapa nama lain daripada pihak UMNO,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis Adha Abdullah berkata, berdasarkan komposisi, Idris turut memiliki peluang dilantik berdasarkan pengalaman beliau yang pernah memegang tampuk pimpinan sebelum ini.

Katanya, antara nama lain adalah Datuk Sulaiman Md Ali, ADUN Lendu yang juga calon bersih.

“Namun berdasarkan situasi semasa Rafiq dilihat berpotensi dilantik sebagai Ketua Menteri.

“Hubungan mesra antaranya dengan tampuk kepimpinan pusat menjadi antara faktor yang boleh dipertimbangkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 8:52 PM