TIGA lelaki yang ditahan selepas dipercayai terbabit dadah. FOTO Ihsan AADK Besut.
TIGA lelaki yang ditahan selepas dipercayai terbabit dadah. FOTO Ihsan AADK Besut.
Nurul Fatihah Sulaini


TIGA sekeluarga ditahan apabila rumah mereka Kampung Alor Keladi, Jertih diserbu Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Besut, pada 5 pagi, hari ini.

Ketika serbuan ketiga-tiga mereka iaitu dua beradik dan abang ipar berusia antara 29 hingga 38 tahun sedang nyenyak tidur.

Ketua Pegawai AADK Daerah Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, tiga sekeluarga itu antara tujuh yang ditahan

dalam satu operasi bermula pada 3 pagi hingga 12 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka yang bekerja sebagai tukang rumah sudah terbabit dalam penyalahgunaan dadah sejak beberapa tahun lalu.

“Abangnya sudah mengambil dadah sejak 12 tahun lalu, manakala adik dan abang ipar sejak tiga tahun lalu.

“Bagaimanapun, ini kali pertama mereka ditahan,” katanya.

Nor Hafizza berkata, hasil ujian air kencing mendapati semua suspek yang ditahan positif dadah Methamphetamine.

“Tangkapan ini berdasarkan aduan orang awam melalui HOTLINE AADK,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & 19 Pemulihan) 1983, Pindaan 1998.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2020 @ 4:58 PM