Abang Johari. FOTO Aizuddin Saad
Abang Johari. FOTO Aizuddin Saad
Redzuan Muharam


USAHA pihak media mendapatkan kenyataan lanjut daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berhubung intipati mesyuarat bersama Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berhasil apabila beliau dikhabarkan sudah meninggalkan Hotel Ritz Carlton, di Kuala Lumpur, jam 3.55 petang tadi.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS beredar menaiki kenderaan rasminya dengan diiringi polis pengiring.

Beliau dipercayai meninggalkan bilik mesyuarat hotel itu selepas mengadakan pertemuan dengan semua ahli GPS bermula jam 2 petang tadi.

Harian Metro difahamkan, ada segelintir Ahli Parlimen GPS masih berada dalam bilik mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, Abang Johari dilihat tiba di hotel itu jam 2 petang dengan menaiki kenderaan rasminya sebelum menuju masuk ke bilik mesyuarat.

Turut hadir, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot dan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.

Wujud spekulasi mesyuarat dan pertemuan berkenaan bagi membincangkan perkara besar cuma tiada maklumat sahih isu dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Dalam perkembangan lain, dua mesyuarat berasingan membabitkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berlangsung di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya.

Manakala, satu lagi pertemuan membabitkan pimpinan PKR dikaitkan dengan kem Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Petaling Jaya, pagi tadi.

Berita berkaitan

Tujuan mesyuarat tertutup belum terjawab

Suasana politik negara 'panas'

GPS sokong Tun Mahathir

Belum terima maklumat menteri kosongkan pejabat

Tun M hadiri pertemuan pemimpin Bersatu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 5:43 PM