KEADAAN kereta Produa Viva milik S. Rajes selepas diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumahnya di Taman Sri Impian Kira-kira jam 7.13 pagi tadi. FOTO Ihsan Polis
KEADAAN kereta Produa Viva milik S. Rajes selepas diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumahnya di Taman Sri Impian Kira-kira jam 7.13 pagi tadi. FOTO Ihsan Polis
Adnan Ibrahim


SEORANG guru lelaki yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di Taman Suria, dekat sini, parah selepas diserang tiga lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 7.13 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, S Rajes,37, diserang di depan rumahnya di Taman Sri Impian ketika keluar untuk pergi memulakan tugas oleh tiga lelaki yang tidak dikenali.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang kerana cedera parah di kepala, manakala kedua-dua belah tangan dan kaki ada kesan tetakan dipercayai menggunakan objek tajam.

"Siasatan awal mendapati, semua suspek menaiki kereta Produa Myvi berwarna putih serta tidak ada mengambil atau merosakkan barang-barang mangsa dan dipercayai bermotifkan dendam.

"Ketiga-tiga suspek memakai topeng muka dan dipercayai menggunakan parang untuk menetak mangsa dibahagian kepala, tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

KEADAAN S. Rajes yang parah selepas diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumahnya di Taman Sri Impian Kira-kira jam 7.13 pagi tadi. FOTO Ihsan Polis
KEADAAN S. Rajes yang parah selepas diserang oleh tiga orang lelaki yang tidak dikenali dihadapan rumahnya di Taman Sri Impian Kira-kira jam 7.13 pagi tadi. FOTO Ihsan Polis

Mohd Abduh berkata, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor untuk membantu siasatan di tempat kejadian dan berjaya mengesan dua cap jari selain mengambil sampel darah di tempat kejadian.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan manakala keadaan mangsa dilaporkan kritikal.

"Orang ramai yang yang mempunyai maklumat kejadian serta mengetahui kedudukan suspek boleh menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 6:56 PM