GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Siraj Mohd Zaini


JAWATANKUASA khas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengawal selia vape dan rokok elektronik (e-cigarette) kini dalam proses akhir perbincangan sebelum dibentangkan ke Kabinet.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, isu terbabit agak kritikal dan perlu dibincangkan dengan teliti sebelum sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan.

“Jawatankuasa khas yang diketuai Dr Boon (Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye) itu akan membentangkan semua dapatan dan kajian kepada saya dan seterusnya KKM akan berbincang dengan beberapa kementerian lain sebelum ia dibawa ke mesyuarat Kabinet.

“Dalam hal ini kita tidak perlu terburu-buru walaupun kita memerhatikan perkembangan mengenai isu ini seperti di Amerika dan Eropah yang menyatakan beberapa penyalahgunaan berkaitan vape atau rokok elektronik terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Jom Nak Sihat Daerah Kuala Selangor, hari ini.

Jun lalu, jawatankuasa khas berkenaan ditubuhkan KKM khusus dalam usaha merangka undang-undang baharu berhubung penggunaan vape dan rokok elektronik di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 September 2019 @ 3:02 PM