Hadzlihady Hassan


ANGIN kencang menyebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan sekitar Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, tiga kes pokok tumbang dilaporkan berlaku setakat ini, masing-masing di Jalan Masjid Negeri, Jalan Macallum dan Kampung Rawa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, satu pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta di Jalan Masjid Negeri.

“Sebuah gerai makan dan tokong turut dihempap pokok di Jalan Macallum, manakala di Kampung Rawa satu pokok tumbang menghempap bas.

“Bagaimanapun, tiada sebarang mangsa yang dilaporkan cedera dalam semua kejadian pokok tumbang terbabit,” katanya.

Orang ramai dinasihati berhati-hati ketika memandu dalam keadaan angin kencang dan hujan ketika ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 September 2019 @ 8:52 PM
KAKITANGAN Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dibantu anggota polis mengalihkan pokok yang tumbang selepas kejadian ribut serta hujan lebat yang berlaku di Jalan Masjid Negeri. FOTO Danial Saad
KAKITANGAN Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dibantu anggota polis mengalihkan pokok yang tumbang selepas kejadian ribut serta hujan lebat yang berlaku di Jalan Masjid Negeri. FOTO Danial Saad