GAMBAR fail pada 6 Ogos menunjukkan bomba memadamkan kebakaran hutan di Kuala Baram.
GAMBAR fail pada 6 Ogos menunjukkan bomba memadamkan kebakaran hutan di Kuala Baram.
Mohd Roji Kawi


STESEN Pengawasan Udara Automatk di ILP Miri mencatat kuaiiti udara berbahaya, pagi ini.

Berdasarkan peta taburan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 7 pagi ini, stesen berkenaan mencatat bacaan 385.

Satu lagi stesen berdekatan di Miri iaitu SK Kuala Baram 2, turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 115.

Keadaan itu dipercayai berlaku akibat kebakaran hutan yang berlaku di kawasan Kuala Baram, sejak minggu lalu.

Sebanyak 15 lagi stesen di Sarawak mencatat IPU sederhana antara 51 hingga 92 pagi ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 9:41 AM