IKLAN tawaran lesen memandu pada kadar harga murah dan tidak perlu menghadiri ujian lesen memandu yang tidak benar.
IKLAN tawaran lesen memandu pada kadar harga murah dan tidak perlu menghadiri ujian lesen memandu yang tidak benar.
Muhaamad Hafis Nawawi


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan tawaran lesen memandu pada kadar harga murah dan tidak perlu menghadiri ujian lesen memandu.

Jurucakap JPJ berkata, pihaknya ingin menegaskan bahawa sebarang lesen memandu yang tidak mengikut prosedur latihan dan pengujian yang ditetapkan oleh kerajaan, adalah tidak sah.

“Pihak JPJ juga sudah membuat laporan polis terhadap akaun Facebook yang menawarkan lesen memandu ekspres / terbang bagi membanteras kegiatan yang tidak bermoral ini.

“Sebarang aduan boleh disalurkan ke http://jpj.spab.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial kononnya promosi lesen motosikal serendah RM330 malah pengguna tidak perlu menghadiri kelas, ujian komputer dan ujian litar sebaliknya membuat bayaran dan akan diuruskan semuanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 3:23 PM