PENDUDUK Orang Asli menunjukkan air dari anak sungai Kampung Aring 5, yang tercemar kesan aktiviti perlombongan bijih manganese tidak jauh dari kampung itu. FOTO Ramli Ibrahim
PENDUDUK Orang Asli menunjukkan air dari anak sungai Kampung Aring 5, yang tercemar kesan aktiviti perlombongan bijih manganese tidak jauh dari kampung itu. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


PENDUDUK Orang Asli suku Batek di Kampung Aring di Gua Musang, masih bimbang untuk menggunakan air sungai untuk kegunaan harian mereka.

Rata-rata penduduk yang ditemui mendakwa ada dalam kalangan mereka mengalami gatal selepas menggunakan air sungai itu.

Penduduk suku Batek, Joe Muda, 39, berkata, penduduk hanya menggunakan air daripada anak Sungai Aring itu untuk mandi, membasuh pakaian dan memasak.

Katanya, biarpun disahkan penyakit yang menyerang Orang Asli Kuala Koh bukan berpunca daripada sungai, penduduk masih bimbang.

“Selepas mengalami gatal kulit, penduduk terus menghentikan menggunakan sungai itu untuk kegunaan harian.

“Oleh itu, saya harap kerajaan menyediakan air bersih terawat untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit,” katanya.

Seorang lagi penduduk Orang Asli, Eli Udang, 28, pula berkata, kini penduduk kampung menggunakan air tadahan bukit untuk keperluan harian.

“Saya kecewa apabila sungai sebelum ini bersih bertukar kotor sejak akhir-akhir ini.

“Kini kami terpaksa bergantung dengan air tadahan bukit untuk kegunaan harian” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Musibah Kaum Batek
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Jun 2019 @ 12:02 PM