Zakaria ketika diumumkan pemenang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih di pusat penjumlahan undi PRK N24 Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Kajang. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Zakaria ketika diumumkan pemenang kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih di pusat penjumlahan undi PRK N24 Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Kajang. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid


“TERIMA kasih atas kebijaksanaan anda dan memberi kepercayaan kepada saya,” kata calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi yang diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, hari ini.

Zakaria, 58, melahirkan rasa syukur atas kemenangannya itu dan menghargai sokongan pengundi DUN itu memilihnya.

“Saya yang dipilih selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi.

“Saya juga berterima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada saya dan atas kebijaksanaan pengundi yang telah memilih saya,” katanya pada sidang media selepas diumumkan menang pada PRK berkenaan.

BN merampas kembali kerusi DUN Semenyih apabila calonnya, Zakaria menang selepas meraih 19,780 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.

Zakaria yang berasal dari Kampung Sesapan Kelubi, Beranang, Hulu Langat menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang memperoleh 17,866 undi, sementara calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau ‘Uncle Kentang’ memperoleh 725 undi.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 11:13 PM