Al-Sultan Abdullah (empat kiri) menunaikan solat hajat pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. FOTO Muhd Asyraf Sawal.
Al-Sultan Abdullah (empat kiri) menunaikan solat hajat pada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. FOTO Muhd Asyraf Sawal.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


SULTAN Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat menunaikan solat Maghrib di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, malam ini.

Baginda ditemani isteri Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba pada jam 7 malam dan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Solat Maghrib diimamkan Imam 1 Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Hairul Anuar Mohammad Noor.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, kemudian memimpin solat hajat dan bacaan tahlil memohon keberkatan dan kerahmatan dilimpahkan kepada baginda untuk mentadbir Pahang.

Kira-kira 3,000 penduduk di sekitar daerah ini hadir seawal jam 6.30 petang bagi bertemu dan bersalaman dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Al-Sultan Abdullah yang lengkap berbaju Melayu biru muda kemudian berangkat ke majlis santapan sebelum menunaikan solat Isyak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 January 2019 @ 11:27 PM