Muhaamad Hafis Nawawi dan Aizat Sharif


JENAZAH dua beradik yang maut ditetak dan kelar selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Masjid Abdul Rahman Putra Al Haj, Yan, jam 7.20 malam ini.

Kanak-kanak perempuan itu, Nurul Hanim Idris berusia lima tahun dan adiknya, Mohammad Hafiz Idris, setahun.

Mereka meninggal dunia akibat dibunuh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, di Yan, semalam.

Sebelum itu, jenazah dua beradik itu tiba dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, ke rumahnya.

Jenazah kemudian dibawa ke masjid jam 7 malam untuk solat jenazah, jam 7.10 malam.

Bapa mangsa, Idris Saad, 47, dilihat terpaksa dipapah oleh penduduk kampung ke kawasan tanah perkuburan kerana tidak dapat menahan kesedihan.

LAPORAN portal Harian Metro (Gambar kiri) MUHAMMAD Azizul
LAPORAN portal Harian Metro (Gambar kiri) MUHAMMAD Azizul

Idris yang kelihatan sebak juga hanya duduk di atas kerusi menyaksikan anaknya dikebumikan.

Seramai 200 ahli keluarga dan penduduk turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

NSTP hari ini melaporkan dalam kejadian jam 11.45 malam semalam, Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan, manakala adiknya, Mohammad Hafiz dikelar pada leher.

Anak sulung Idris, Mohammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya Jamilah Ismail, 60, terselamat.

Berita berkaitan

[UPDATE] Kelu lihat 2 anak 'bermandi darah' [METROTV]

'Dia serang dengan kayu dulu...'

'Dia serang dengan kayu dulu...'

[UPDATE] Lelaki 'amuk' direman 7 hari

Petanda Angah tidak mahu makan dahulu...

[UPDATE] Polis rampas parang kelar dua beradik

2 budak maut dikelar

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 January 2019 @ 8:16 PM