Ibu Pejabat PTPTN
Ibu Pejabat PTPTN
Mohd Anwar Patho Rohman


KERAJAAN memperkenalkan kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, jadual pembayaran balik ini hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Katanya, kerajaan juga akan memberi pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja, bagi tahun berakhir 2019.

“Layanan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000.

“Potongan pinjaman juga akan ditawarkan kepada pelajar daripada golongan isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

“Kerajaan juga akan menghapus kira baki hutang peminjam berusia 60 tahun dan ke atas serta berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.

“Ia dijangka akan memanfaatkan 350 peminjam dengan kos RM4.2 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 November 2018 @ 6:44 PM